ABOUT US

SIAPA KAMI & KENAPA KAMI MULAKAN AQ HEALTH SDN BHD?

AQ Health Sdn Bhd adalah pengeluar produk Jus Dawa' dan pemilik laman web ini.

Nama Jus Dawa' diambil daripada Selawat al-Dawa'iyyah yang dianjurkan untuk dibaca setiap kali selepas solat Fardu di musim berlakunya wabak.

En. Mohd Shazzuan Che Rusli
CEO AQ HEALTH

Idea mengeluarkan Jus Dawa' tercetus daripada pengasas produk - En. Mohd Shazzuan Che Rusli (gambar). En. Shazzuan adalah lulusan Kolej MSU di dalam jurusan Teknologi Makmal Perubatan di mana En. Shazzuan telah berazam untuk mendapatkan suatu penyelesaian jus minuman kesihatan yang mudah, sedap & mujarab bagi kedua ibu bapanya untuk mengatasi masalah-masalah yang berkaitan kolestrol, tekanan darah tinggi, jantung dan lain-lain.

Hasil keberkesanan mujarab bahan ramuan Jus Dawa' kepada kedua ibu bapanya terus memberikan En. Shazzuan inspirasi, semangat dan keyakinan untuk mengeluar dan memasarkan Jus Dawa' agar kebaikan Jus Dawa' boleh dimanfaatkan ramai.

Berteraskan slogan 'AQ Sihat, AQ Kaya', En. Shazzuan bersama-sama timnya di AQ Health sangat mementingkan kesejahteraan dan kesihatan pelanggan-pelanggan mereka, justeru mendorong mereka untuk senantiasa memberikan usaha yang terbaik dalam proses pengeluaran, pemasaran, jualan dan pra-jualan mereka.